Monday, October 15, 2012

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Penduduk Negara Malaysia

1. Jumlah penduduk disesuatu kawasan atau negeri boleh bertambah, atau menjadi statik (tidak berubah).
2. Pertumbuhan semula jadi dan migrasi akan menyebabkan berlakunya perubahan penduduk. Rajah di bawah menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan penduduk.
3. Pertumbuhan sesebuah negara akan bertambah apabila kadarkelahiran melebihi kadar kematian.
4. Penduduk sesebuah negara akan bertambah apabila kadar kelahiran melebihi kadar kematian.
5. Faktor migrasi dibahagikan kepada dua iaitu imigrasi dan emigrasi.
6. Imigrasi bermaksud perpindahan masuk penduduk dari luar negara ke negara Malaysia.
Emigrasi pula ialah perpindahan keluar penduduk negara Malaysia ke luar negara.
7. Faktor-faktor inilah yang menjadikan jumlah penduduk di sesuatu kawasan atau negeri itu
bertambah ataupun berkurang.

. Aliran migrasi dalaman di Malaysia pada tahun 2001

(a) Dari luar bandar ke bandar = 11.9%
(b) Dari luar bandar ke luar bandar = 4%
(c) Dari bandar ke bandar = 67.5%
(d) Dari bandar ke luar bandar = 18.5%

Migrasi penduduk dari luar bandar ke luar bandar



 Migrasi ini biasanya berlaku hasil daripada rancangan pembangunan tanah yang dirancangkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti:
(a) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
(b) Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
(c) Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
(d) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
(e) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar

(a) Peluang pekerjaan
(b) Kadar upah yang tinggi
(c) Kestabilan politik
(d) Kemudahan asas yang lengkap
(e) Melanjutkan pelajaran
(f ) Mengikut keluarga
(g) Mengelakkan bencana alam.